Monday, August 25, 2008

my profile

selamat datang ker blog peribadi saya. tujuannya tercipta blog ini adalah bertujuan untuk belajar, untuk menyatakan pengalaman tentang kehidupan dan merupakan diari saya... untuk pengkongsian bersama.

Kalimah Allah adalah yang sangat agung. jika kalimah Allah S.W.T ini di letakkan di atas dacing dan di sebelahnya 7 petala langit 7 petala bumi maka kalimah Allah S.W.T adalah lebih berat daripadanya. Jika kalimah ini di letakkan di atas Gunung nescaya hancur lebur lah gunung itu.... Barang siapa yang dapat mengucap di akhir kalamnya nanti maka wajib syurga bagi nya, Barang siapa tidak dapat mengucap di akhir kalam nya maka bau syurga tidak dapat.

Kalimah tidak wajib dikongsi bersama agama kristian walaupun mereka asalnya mengamalkan kitab taurat dan injil tetapi mereka telah mengubahsuai menjadikanya bibble yang langsung tidak boleh diiktirafkan. Jadi bagi mereka tanggapan Tuhan Islam dan Tuhan kristian adalah sama Iaitu Allah s.W.T, Kita sebagai umat Islam perlu jelaskan Kalimah Allah hanya untuk Orang Islam dan mereka perlu menggunakan Istilah God untuk tuhan mereka kerana Tuhan mereka mempunyai bapa dan anak tuhan sedangkan Allah hanyalah satu dimana Tidak Beranak dan diperanakkan. seperti dalam surah al Iklas

Katakanlah (wahai Muhammad)" (Tuhanku) ialah Allah yang maha Esa

Allah yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.

Dia tidak beranak Dan Dia tidak diperanakkan

Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan- Nya

Ada Lima tugas perlu dilakukan oleh Umat Islam ketika hidup didunia ini:

1)Beriman kepada Allah,
2)Beriman Kepada Rasul,
3)Memastikan Islam dimuliakan
4)Memastikan islam menjadi kuat
5)Beribadat kepada Allah siang dan malam

kenangan di politeknik